Laos Business Times
SEE OTHER BRANDS

Informing on business and economy news in Laos

Penjagaan Kesihatan sebagai Pelaburan Strategik Terpenting Dunia: Ketua Pegawai Eksekutif KFSHRC Seru Kerjasama Global di Sidang Kemuncak C3 Jepun

TOKYO, Sept. 25, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Penjagaan kesihatan mesti diiktiraf sebagai pelaburan strategik paling penting dunia dalam aspek keselamatan, kemakmuran dan daya tahan—bukan sekadar beban kewangan—tegas YBhg. Dr. Majid Alfayyadh, Penasihat di Mahkamah Diraja Arab Saudi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif King Faisal Specialist Hospital and Research Centre (KFSHRC), dalam ucaptama beliau di Sidang Kemuncak C3 Davos of Healthcare™ di Tokyo.

Dr. Alfayyadh menegaskan bahawa pelaburan dalam sistem penjagaan kesihatan secara langsung membawa kepada penyelamatan nyawa, pengukuhan ekonomi, penciptaan peluang pekerjaan dan peningkatan daya saing global, di samping membolehkan negara-negara bertahan menghadapi krisis masa depan termasuk pandemik, kecemasan kesihatan berkaitan iklim dan bencana alam.

Beliau turut menekankan bahawa konvergensi cabaran kesihatan global—peningkatan penyakit kronik seperti kanser, diabetes dan kardiovaskular; perubahan iklim yang mempercepatkan penularan penyakit bawaan vektor; jurang ketidaksamarataan yang semakin melebar di negara berpendapatan rendah dan sederhana; serta kerentanan sistem yang didedahkan oleh COVID-19—merupakan alasan mendesak untuk negara-negara menilai semula penjagaan kesihatan sebagai pelaburan demi keselamatan kolektif.

Beliau berhujah bahawa terdapat lima bidang pelaburan utama yang kritikal dalam usaha membina sistem penjagaan kesihatan yang mampan di seluruh dunia: infrastruktur hospital moden yang merangkumi keupayaan kecemasan dan rawatan rapi; kesihatan digital serta platform yang dipacu oleh kecerdasan buatan (AI); makmal berteknologi tinggi dan perubatan berketepatan; pembangunan tenaga kerja yang turut melibatkan peranan baharu seperti saintis data; serta rangkaian farmaseutikal dan rantaian bekalan yang berdaya tahan melalui pengeluaran vaksin dan ubat secara setempat.

Dalam menempatkan perkara ini dalam konteks sejarah, Dr. Alfayyadh menegaskan bahawa tiada penemuan besar dalam bidang perubatan—daripada vaksin hinggalah ke pembedahan—yang berjaya tanpa sistem penyampaian yang kukuh dan infrastruktur yang teratur, dan prinsip yang sama mesti menjadi panduan bagi inovasi hari ini dalam bidang robotik, bioteknologi dan genomik.

Beliau menjelaskan Arab Saudi sedang mengintegrasikan prinsip-prinsip ini dalam Program Transformasi Sektor Kesihatan Wawasan 2030, dengan menilai semula penjagaan kesihatan daripada hanya perbelanjaan awam kepada pemacu inovasi dan kepelbagaian ekonomi. KFSHRC, yang ditubuhkan lebih 50 tahun lalu untuk mengurangkan kebergantungan kepada rawatan di luar negara, kini menjadi tonggak transformasi ini dengan pencapaian seperti pemindahan jantung sepenuhnya secara robotik yang pertama di dunia, perintis terapi sel CAR T, serta penyelidikan genomik termaju, sambil memperluaskan usaha ke arah terapi gen dan sel, perubatan regeneratif serta model penjagaan kesihatan yang mampan.

Bagi menekankan peranan kerjasama antarabangsa, Dr. Alfayyadh turut mengundang pihak berkepentingan Jepun dan rakan global untuk bersama Arab Saudi dalam membangunkan penyelidikan, berkongsi teknologi dan membentuk masa depan penjagaan kesihatan bersepadu. Sidang kemuncak tersebut menjadi platform untuk mengukuhkan komitmen Kerajaan terhadap keterbukaan kepada pelaburan dan kerjasama yang mempercepatkan inovasi demi manfaat sejagat.

Menutup ucapannya, beliau menyatakan: “Masa depan penjagaan kesihatan akan ditentukan oleh integrasi, pemodenan dan kerjasama. Dengan mentakrifkan semula penjagaan kesihatan sebagai satu pelaburan, kita bukan sahaja membina sistem negara yang lebih tahan lasak, tetapi juga membentuk komuniti global yang lebih kukuh dan sihat.”

KFSHRC telah menduduki tempat pertama di Timur Tengah dan Afrika Utara serta ke-15 di peringkat global dalam senarai 250 Pusat Perubatan Akademik terbaik dunia untuk tahun kedua berturut-turut. Ia juga telah diiktiraf sebagai jenama penjagaan kesihatan paling bernilai di Kerajaan Arab Saudi dan Timur Tengah, menurut penarafan Brand Finance 2025. Selain itu, ia turut disenaraikan dalam senarai Hospital Pintar Terbaik Dunia 2025 oleh majalah Newsweek.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari www.kfshrc.edu.sa atau hubungi pasukan media kami di mediacoverage@kfshrc.edu.sa

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/0a6a7854-e97b-4432-8f77-0285c0df003a


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions